Sunday, August 15, 2010

Cooking My Style : Cucur Badak





Dari resepi kat bawah ni dapat menghasilkan lebih kurang 15 biji cucur badak. Saya ngan hubby sekali ngap je 15 biji ni..betapa kami berdua terer makan..hehe

Bahan Kulit
1 biji ubi keledek ( sederhana besar)
Tepung gandum
Garam

Mula-mula sekali rebus ubi keledek dengan air. Letakkan sedikit garam. Masak sehingga empuk. Untuk tahu empuk atau tidak, cuba cucuk dengan garpu. Kalau  bila dicucuk, ubi agak lembut insyaallah, dah empuk la tu. Selepas itu, lenyek ubi keledek sementara ia masih panas. Saya biasanya guna lesung batu sebab lesung batu ni berat, Jadi kerja-kerja melenyek ni mudah sangat.

Apabila ubi keledek telah siap dilenyek, boleh lah dicampurkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tambahkan sedikit garam ke dalam adunan.  Dan adunan pula jangan lah  terlampau lembik atau keras. Ketepikan sebentar setelah selesai.

Bahan Inti

1/3 biji kelapa parut
1/2 cawan udang kering
1 biji bawang besar
2 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

Blender udang kering, bawang, serai dan cili kering. Setelah agak halus masukkan kelapa parut dan diblender bersama.Kelapa parut tidak perlu terlalu halus. Yang penting kelapa parut dah bercampur sebati dengan bahan-bahan lain. Selepas itu panaskan minyak dalam kuali dan masukkan semua bahan yang telah diblender. Jangan lupa masukkan juga kunyit, garam dan gula kedalam kuali. Masak sehingga inti kering sedikit.

Akhir sekali, ambil adunan tadi dan buat bentuk bulat dan leper. Kemudian letakkan inti di tengah-tengah. Setelah selesai bentukkan adunan bulat-bulat. Kemudian boleh lah digoreng dia atas api sederhana besar. Dan siap dihidang. Best dimakan bersama-sama nescafe panas..Fuh!





No comments:

Post a Comment